Sunday, March 16, 2014

POLISI KELESTARIAN

POLISI KELESTARIAN 
SMK TAMAN TUN FUAD KOTA KINABALU

Setiap warga sekolah mestilah:

1. Menghayati dan mengamalkan kepentingan penjgaan alam sekitar

2. Mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan harian

3. Tahu cara membuat baja kompos

4. Mengelakkan penggunaan bekas polisterin di kawasan sekolah.

5. Mengamalkan penjimatan penggunaan kertas, air dan elektrik

6. Mengamalkan konsep 5R (Rethink, Repair, Reduce, Reuse, Recycle)

7. Menjaga kemudahan sekolah agar bebas daripada perbuatan pemugut (vandalisme)

8. Membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

9. Melibatkan diri sekurang-kurangnya satu aktiviti alam sekitar peringkat sekolah

10. Berusahan mencapai 85% ke atas markah bersih kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing

11. Memastikan setiap bilik khas sentiasa bersih dan ceria.

OBJEKTIF SERASI

OBJEKTIF SERASI

1. Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar

2. Memupuk sikap positif dan cinta akan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah khasnya dan masyarakat setempatnya amnya.

3.Menggalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

4.Mengiktirafkan usaha berterusan sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.

VISI DAN MISI SERASI

VISI SERASI 

SMK TAMAN TUN FUA MENJADI SEKOLAH DALAM TAMAN MENJELANG TAHUN 2016

MISI SERASI

MEMBERI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR YANG BERKUALITI DAN MENYELURUH SECARA BERSEPADU BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG CINTA AKAN ALAM SEKITAR BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


Latar Belakang Serasi


APAKAH ITU PROGRAM SERASI?

Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang melibatkan semua sekolah menengah dan rendah di Sabah menjadi program utama sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah. Program ini merupakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan, kurikulum, kurikulum dan penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah bersama-sama keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan menhargai alam sekitar pada sepanjang masa. SERASI juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan lestari.

Objektif

  1. -Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah
  2. -Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  3. -Untuk mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  4. -Mengiktiraf usaha sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.

Mengapa Anugerah SERASI diberikan ?

  • Anugerah SERASI merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan ke atas sumbangan dan usaha gigih sekolah-sekolah di Sabah dalam memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran di kelangan warga sekolah mengenai kepentingan memulihara dan memelihara alam sekitar menerusi pelbagai program dan aktiviti di sekolah.

Konsep SERASI

  • 1.Amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada sepanjang masa.
  • 2.Menyokong dan mengukuhkan program pendidikan alam sekitar merentas ko-korikulum.
  • 3.Pendekatan menyeluruh yang melibatkan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
  • 4.Pendekatan bersepadu dalam pengurusan,ko- kurikulum dan penghijauan sekolah.
Kumpulan sasaran SERASI
  • -Sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan serta Sekolah Bantuan Kerajaan.
  • -Sekolah Menengah Agama Negeri.
  • -Maktab Sains MARA di negeri Sabah.
  • -Sekolah Rendah dan Menengah Swasta (bermula pada 2006).
(credit to:http://www.sabah.edu.my/serasi/serasi/serasi.html)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More